INFO SRI FLORA

Kakitangan Tadika Sri Flora

Hajjah Nor Hayati Othman

Bagi membuka tirai halaman ini, terlebih dahulu kami ingin memperkenalkan Pengurus/Pengasas Tadika Sri Flora iaitu Hajjah Nor Hayati Othman. Berumur 56 tahun, berkecimpung dalam bidang Pengurusan Tadika dan Taska bermula dari tahun 1994. Beliau menjadi guru tadika selama 3 tahun (1990-1993) di Tadika Ummi Ain dan membuka tadika sendiri iaitu Tadika Sri Flora sehingga kini. 


Tadika Sri Flora dengan rasminya didaftarkan pada 1999. Walaupun hampir 20 tahun berkecimpung dalam bidang ini, beliau masih minat mengajar. Bagi beliau mengajar kanak-kanak dapat memberi satu kepuasan pada dirinya.

Puan Hafizan Hassan @ Cikgu Siti
Kini, anak-anaknya Puan Anisah (memiliki Ijazah Sains Pembangunan Manusia, UPM), Sijil Mental Arithematik & Sijil Asas Asuhan kanak-kanak, Sijil Pengajaran Mikids, dan Puan Afizan/Cikgu Siti,(memiliki Sijil Asas Asuhan, Sijil Mikids, Sijil Penilaian Kanak-kanak Pra Sekolah, Sijil Pembantu pertolongan Cemas, Sijil Pemantapan Taska) bekerja bersama dan menjadi pembantu beliau. 

Anisah Hassan Basri




Puan Anisah juga sudah berkecimpung dalam bidang ini hampir 10 tahun dan adiknya Cikgu Siti sudah 7 tahun. Kami berganding bahu bersama menguruskan Tadika dan Taska walaupun menghadapi berbagai rintangan.

Kami juga mempunyai pekerja-pekerja yang masih setia bekerja iaitu Cikgu Nor Hanum Sam (8 tahun), Cikgu Mazunah Arshad (5 tahun) dan Cikgu Imah (5 tahun) di cawangan Taman Sri Ramal, Kajang.