Kelas Iqra’ dan Al-quran merupakan salah satu media pendidikan untuk kanak-kanak berusia pra sekolah yang berlandaskan pada konsep Tarbiyatul Awlad, iaitu pendidikan yang berorientasi kepada nilai-nilai yang terdapat pada Al-Quran dan As Sunnah.
Tujuan Umum
- Melahirkan generasi muda yang berilmu, soleh dan solehah, bertakwa kepada Allah, berbakti kepada orang tua,berguna pada bangsa dan agama.
Tujuan Khusus
- Pelajar dapat membaca Al-Quran dengan betul sesuai dengan kaedah-kaedah ilmu tajwid.