Selasa, 9 November 2010

Selamat Datang

Dicatat oleh Tadika Sri Flora di 1:59:00 PG

Selamat datang ke laman web Tadika Sri Flora. Tadika Sri Flora mula beroperasi di Taman Sri Ramal Kajang Selangor pada tahun 1994. Masih utuh dan terus beroperasi sehingga kini walaupun pelbagai cabaran yang terpaksa di tempuhi. Setelah 14 tahun beroperasi kami kini berkembang dengan beroperasi di  kawasan Balakong Jaya iaitu di Taman Putra Budiman.

Pada masa kini, kami amat gembira kerana walaupun terpaksa bersaing dengan Taska dan Tadika yang lebih canggih dan hebat. Kami juga dapat melahirkan kanak-kanak cemerlang dan bijak. Terdapat kanak-kanak yang lancar membaca dari umur 4,5 dan 6 tahun serta kreatif. Kami turut menerapkan kanak-kanak ini  dengan hafalan doa-doa dan surah-surah termasuk ayat Kursi. Ini amat mengkagumkan. 



Walaupun kami tidak dapat melahirkan 100% kanak-kanak pintar tetapi sekarang 70% kanak-kanak 6 tahun, 40% kanak-kanak 5 tahun dan 10 % kanak-kanak 4 tahun sudah boleh membaca. Alhamdulilah mudah-mudahan dengan sokongan dan kepercayaan ibubapa kepada Tadika ini akan terus berkembang.